Saturday, October 24, 2009

Takafulink


Bak kata pepatah, perkara yang pasti dalam kehidupan adalah perubahan. Sungguhpun sesetengah perkara adalah diluar kawalan, terdapat perkara yang boleh kita rancang. Hanya sekadar merancang tidak memadai, kita harus membuat perancangan terbaik untuk menghadapi pelbagai cabaran pada tahap kehidupan yang berbeza.

Takafulink merupakan pelan takaful keluarga yang memberi anda kebebasan perlindungan juga pelaburan yang diluluskan Syariah tanpa adanya prejudis. Ianya unik kerana ia menawarkan perlindungan serta kaedah menabung secara tetap yang berdisipin. Pelan ini menghasilkan pulangan yang lebih baik jika dibandingkan dengan deposit yang disimpan dalam akaun simpanan. Sebahagaian dari caruman anda dikumpul dan diurus oleh para profesional yang bermatlamat menawarkan keuntungan pelaburan yang menarik.

Sila klik disini untuk risalah percuma.

Sunday, October 18, 2009

Perjalanan yang Beribu Batu Jauhnya Bermula dengan Langkah yang Pertama…


Anak-anak kita merupakan aset yang sangat bernilai, mereka yang akan menjadi tunggak untuk menentukan serta membentuk masa depan. Namun, masa depan anak-anak kita terletak diatas tindakan dan keputusan kita HARI INI. Yang pasti, telah menjadi impian bagi setiap ibu bapa untuk menyediakan segala yang terbaik dalam hidup kepada anak-anak mereka dan juga menjadi hadiah yang terbaik kepada anak-anak iaitu pendidikan yang terbaik. Seperti perkara-perkara lain dalam kehidupan, pendidikan yang baik tidak diperolehi dalam harga yang rendah.

Mengejar pendidikan yang terbaik bermakna di universiti yang terbaik yang sememangnya memerlukan satu perbelanjaan yang besar. Kenaikan kos pendidikan pada masa hadapan memang tidak boleh dielakkan; oleh itu kita sebagai ibubapa haruslah merancang untuk memastikan anak-anak kita lengkap dari segi kewangan supaya mereka dapat mengejar impian dan keberanian walaupun pada masa inflasi dan masalah ekonomi yang meruncing. Jangan bebankan anak-anak kita dengan membiarkan mereka membayar pinjaman pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran. Tetapi jangan risau dan bimbang, Takafulink Education direka untuk membantu anda merancang dan seterusnya seberapa banyak dana pendidikan untuk anak anda. Ingatlah, kejayaan anak-anak kita bergantung kepada keputusan yang kita buat pada hari ini… seperti kata pepatah; Perjalanan yang beribu batu jauhnya bermula dengan langkah yang pertama. Dengan Takafulink Education, anak-anak kita akan lebih bersedia dan lengkap bagi memastikan mereka mengejar cita-cita dan memenuhi impian mereka tanpa adanya halangan.

Takafulink Education adalah ditawarkan oleh MAA Takaful kepada semua ibu bapa yang sentiasa meletakkan keluarga mereka terutama anak-anak sebagai perkara yang utama. Takafulink Education bukan hanya menyediakan anda pengumpulan dana pendidikan kepada anak-anak tetapi juga direka untuk menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia pramatang atau hilang upaya keseluruhan dan kekal bagi Ahli Dilindungi. Oleh yang demikian, Pelan Takafulink Education merupakan Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang diluluskan Syariah serta direka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan hanya RM50 sebulan, anda telah mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan masa depan anak-anak anda.... TAHNIAH!

Sila klik di sini untuk risalah percuma

PA500 - Pendapatan Bulanan Yang Terjamin, Untuk Ketenangan Fikiran Yang Berkekalan


Anda sememangnya bijak. Anda telah merancang kehidupan anda dengan baik bagi menghadapi persaraan; membuat simpanan dan melabur dengan bijak bagi masa depan anda dan yang tersayang. Namun tahukah anda bahawa anda boleh menjamin masa depan yang lebih baik bagi keluarga anda?

PA500 merupakan penyelesaiannya. Ia menawarkan faedah pendapatan bulanan yang terjamin sehingga tempoh 20 tahun. Ini adalah tambahan kepada faedah kematian yang dibayar untuk sebarang punca dan bayaran balik perubatan. Sukar dipercayai bukan? Namun itulah hakikatnya!

Bentuk masa depan yang lebih cerah untuk mereka yang tersayang. Anda akan mendapat ketenangan fikiran apabila anda membuat keputusan yang bijak. Dan tiada yang lebih bijak selain dari memiliki PA500 - hari ini.

Mungkin anda tidak percaya, anda boleh memiliki faedah seperti ini hanya dengan serendah RM17.00 sebulan untuk semua usia dan faedah pendapatan bulanan sehingga RM1,500 sebulan.

PA110 Evo - Pelan Yang Memberi Anda Kebebasan



Kemalangan mungkin menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Kerapkalinya, kemalangan menyebabkan kesengsaraan yang bukan hanya dari segi fizikal. Ia boleh meninggalkan kesan mental, emosional dan kewangan yang mendalam, terhadap dirisendiri juga yang tersayang. Lebih baik berjaga-jaga sebelum sesuatu menimpa. Mengapa tidak bersiap sedia sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku? Dengan pelan PA110 EVO yang serba baru, anda boleh melindungi diri dan yang tersayang dari menanggung beban. Ia juga memastikan kewangan anda tidak terjejas ketika anda melalui tempoh sembuh.

Faedah
Faedah kematian kemalangan
Membayar jumlah keseluruhan apabila berlaku kematian akibat kemalangan.

Hilang anggota badan kekal/Hilang upaya kekal akibat kemalangan

Membayar sehingga jumlah keseluruhan.

Bayaran balik perubatan
Membayar balik perbelanjaan perubatan sehingga jumlah yang diinsuranskan merangkumi bilik hospital dan makanan, rawatan klinikal, pesakit luar dan perubatan.

Pampasan Mingguan
Membayar balik sehingga 104 minggu jika yang diinsuranskan mengalami hilang upaya secara penuh atau separa dan tidak dapat menjalankan tugasnya sepertimana disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar.
a) Hilang upaya keseluruhan sementara - 100% daripada jumlah manfaat.
b) Hilang upaya separa sementara - 50% daripada jumlah manfaat.

Pendapatan Hospital Harian
Pendapatan hospital harian sehingga RM300 setiap kemalangan (maksima 180hari)

Patah Tulang/Kelecuran
Membayar sehingga RM50,000

Faedah Pakar Perubatan
Faedah perubatan tambahan sehingga RM500 meliputi rawatan oleh ahli akupuntur, tukang urut, pakar tulang belakang, osteopati & fisioterapi. Dengan syarat rawatan pertama dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar.

Yuran Ambulan
Membayar yuran ambulan apabila berlaku kemalangan sebanyak RM200 bagi setiap kemalangan.

Faedah Kematian (Sebarang Punca)
Faedah kematian sehingga RM200,000 dibayar apabila berlaku kematian.

Premium yang berpatutan semurah RM0.90 sehari. Perlindungan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Amat sesuai untuk perlindungan peribadi dan juga syarikat.

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah hubungi saya :
Rushdi : 019-6677621 (rushdy694@gmail.com)
Consultant MAA Assurance & MAA Takaful

Saturday, October 17, 2009

Jangan Biarkan kos perubatan yang tinggi menghampakan anda


Kehidupan anda amat berharga, terutamanya kepada yang tersayang. Ia suatu kenyataan yang menyedihkan, namun kehidupan boleh berubah boleh berubah selamanya disebabkan kemalangan ngeri, serangan sakit jantung atau penyakit merbahaya. Kesannya amat meruntun jiwa, terutamanya kepada keluarga anda! Jadi, elakkan diri anda dari terperangkap dalam kejadian mengejut yang tidak diingini ini.

Lindungi diri anda dari kos rawatan perubatan yang tinggi dengan Medicalife 207.

Medicalife 207 membantu anda mengatasi biaya perubatan yang tinggi dan menyediakan perlindungan komprehensif untuk kos perubatan, pembedahan serta hospital, yuran ambulans dan caj perubatan berkaitan lain. Semua pemegang polisi Medicalife 207 akan didaftarkan sebagai ahli MediExpress, suatu Managed Care Organisation. Dengan serendah RM335 setahun anda layak untuk mempunyai perlindungan sebanyak RM150,000. Mengapa kita mesti menggunakan duit simpanan kita yang kita simpan berdikit-dikit hanya untuk kos rawatan kita yang kita tahu semakin hari semakin tinggi. Sedangkan kita ada alternatif lain untuk menyara kos rawatan kita. Jika anda diberi pilihan samada hospital swasta atau kerajaan, yang manakah menjadi pilihan anda?

Kad Perubatan Medicalife 207
Sebagai pemegang polisi, anda haya perlu mengemukakan kad ini di mana-mana hospital yang turut serta untuk kemudahan urusan kemasukan hospital.

Penerimaan Meluas Kad Perubatan Medicalife 207
Kad perubatan Medicalife 207 diterima oleh hospital-hospital yang turut serta di selurh Negara. Hospital-hospital ini telah dipelawa untuk turut serta sebagai “Hospital Pilihan Ahli” dan menawarkan keismewaan dan faedah tertentu kepada pemegang polisi ketika kemasukan hospital. Perhatikan lambang MediExpress di hospital-hospital yang turut serta.

Pusat Panggiilan 24 Jam Medicalife 207

Keahlian menawarkan anda bantuan 24 jam untuk rujukan perubatan, pengawasan dan lain-lain maklumat perjalanan dalam dan luar negara. Anda hanya perlu menelefon bebas tol : 1-800-88-1320.

Tuntutan Mudah Medicalife 207
Anda tidak perlu risau tentang menyedia dan mengemukakan tuntutan kerana semua biaya di bawah Medicalife 207 akan dibayar secara terus kepada hospital-hospital yang turut serta. Tiada lagi bil yang melambung tinggi. Medicalife 207 menyediakan kemudahan kepada semua pemegang polisi, ketika ia amat diperlukan.


Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh hubungi saya
Rushdi : 019-6677621 (rushdy694@gmail.com)