Menurut laporan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) pada 2007, hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis. Bagi statistik untuk tahun 2008, jumlah itu meningkat sebanyak 650,000 orang dan dijangka akan terus bertambah bagi tahun 2009.
Diabetes atau kencing manis merupakan sejenis penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian dan ramai pesakit diabetes hanya menyedari mereka menghidap penyakit ini itu apabila timbul komplikasi. Sebenarnya adalah sejenis penyakit yang boleh dielakkan, melainkan ia berpunca daripada genetik. Namun, gaya hidup di zaman moden ini menyebabkan penyakit itu semakin senang dihidapi. Ia boleh terjadi akibat pengambilan makanan yang mengandungi gula tanpa kawalan, diet tidak seimbang serta amalan gaya hidup tidak sihat seperti kurang senaman dan aktiviti fizikal. Diabetes ibarat pembunuh yang bersembunyi dan akan muncul apabila keadaan sudah menjadi tidak terkawal. Bagaimanapun, diabetes sebenarnya bukan hanya berpunca dari faktor nutrisi, bahkan genetik.
No comments:
Post a Comment