Tidak kira samada Life Insurans atau Takaful, yang pasti ianya amat penting di zaman yang serba mencabar ini... Adakah anda mempunyai simpanan khas jika anda sakit atau terlibat dalam kemalangan? Adakah anda mahu menghabiskan wang simpanan yang anda simpan berdikit-dikit hanya kerana anda sakit atau terlibat dengan kemalangan? Sedangkan saya ada cara yang lebih baik, selamat dan cekap untuk selesaikan masalah anda...
Wednesday, November 25, 2009
Pelan Pendidikan Anak Anda
Sudahkah anda mempunyai pelan pendidikan untuk anak anda? Mungkin ramai di kalangan ibu bapa tidak tahu bagaimana pelan takaful pendidikan dapat membantu anak dan keluarga kita. Disini saya terangkan serba sedikit bagaimana ia dapat membantu.
Terlebih dahulu ada persoalan yang harus anda jawab. Adakah anda sebagai ibu bapa ada membuat simpanan untuk anak anda? Apakah tujuannya? Jika anda ada membuat simpanan untuk anak anda, saya ucapkan tahniah. Tetapi adakah betul cara anda membuat simpanan? Adakah ia benar-benar dapat membantu anda?
Saya akan bantu anda bagaimana cara membuat simpanan yang betul untuk anak anda. Sebaiknya anda mula menyimpan di Pelan Takaful Pendidikan seawal umur anak anda 0 tahun. Kenapa anda perlu menyimpan dengan Takaful, akan saya jawab kemudian.
Contoh, jika anda membuat simpanan pendidikan untuk anak anda di ASB bermula dari umur anak anda 0 tahun iaitu sebanyak RM1200 setahun. Pada tahun ke-5 jumlah simpanan untuk anak anda ada sebanyak RM7600 (dikira berdasarkan dividen 8% setahun). Bagaimana jika pada tahun ke-5 ini juga anda sebagai penyimpan hilang upaya kekal atau meninggal dunia, adakah dengan simpanan sebanyak RM7600 ini cukup untuk kos pelajaran anak anda??? Jawapannya tentu tidak bukan....
Dengan anda menyimpan di Takaful, simpanan untuk anak anda adalah terjamin, jika anda sebagai pembayar hilang upaya atau meninggal dunia. Pelan simpanan pendidikan anak anda tetap berjalan seperti biasa beserta perlindungan yang disertakan, kerana ianya telah diinsuranskan, anak anda akan menerima sejumlah wang yang dijanjikan setelah polisi matang. Dengan ini anak anda tiada masalah untuk meneruskan pelajaran, mahupun ke peringkat IPT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment