Tidak ramai yang tahu dan sedar bahawa aromaterapi itu juga dijadikan salah satu alternatif perubatan moden bagi doktor-doktor malah bomoh serta orang-perseorangan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Bauan aromaterapi itu secara halus pasti memberikan ketenangan kepada si pemakai sekaligus mengimbangi hormonnya dan meredakan kesakitan yang dialaminya. Sebab itu kebanyakkan doktor menggunakan aromaterapi sekiranya tidak dapat menyembuhkan sesuatu penyakit malah ada yang menggunakan aromaterapi beserta dengan ubat-ubatan dengan presipkri yang betul untuk mempercepatkan penyembuhan penyakit itu.
Tekanan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan. Ia terbahagi kepada pelbagai bentuk. Antaranya termasuklah masalah kerjaya, pasangan hidup, kewangan, mental, emosi dan sebagainya.Justeru, bagi membantu melegakan sesuatu tekanan atau stres dalam kehidupan kita seharian, aromaterapi boleh menjadi salah satu alternatif untuk meredakan masalah yang dihadapi.
Pakar aromaterapi, Krissy Gee yang telah lama terlibat dalam bidang ini menjelaskan, aromaterapi merupakan pilihan rawatan penjagaan kesihatan yang mampu memberi ketenangan pada seseorang individu.
Secara saintifiknya rawatan aromaterapi boleh meningkatkan kualiti kesihatan manusia kerana ia menggunakan pati organik semula jadi yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. Penggunaan minyak pati secara sistematik dalam rawatan holistik dipercayai dapat memperbaiki tahap kesihatan fizikal dan emosi seseorang. Selain itu, minyak pati juga mampu memberi kesan terapeutik untuk kesihatan dan perlindungan daripada penyakit,
Aromaterapi adalah rawatan melalui bau yang menggunakan beberapa titisan minyak pati tumbuhan. Ia boleh dilakukan sama ada dengan cara urutan di badan, dimasukkan ke dalam wap air panas untuk dihidu wapnya atau dititis dalam tab atau air mandian untuk mendapatkan keharumannya. Rawatan aromaterapi menggunakan minyak pati tumbuhan tertentu boleh menjadikan seseorang individu awet muda dan melambatkan proses penuaan di samping memberi kesan positif pada emosi dan psikologi mereka. Sebagai contoh minyak pati lavender baik untuk merawat kulit kering atau tidak bermaya selain mampu memberi ketenangan minda. Bagi individu berkulit sensitif yang bertindak balas dengan suhu sejuk, haba atau produk kecantikan pula, mereka boleh menggunakan minyak pati chamomile, sandalwood, neroli dan rose. Sementara itu, khasiat pati tumbuhan lada hitam dan serai wangi boleh melancarkan peredaran darah manakala minyak pati bunga mawar membantu mengimbangi hormon badan khususnya wanita.
Tidak ketinggalan, minyak pati juga boleh menjauhkan jangkitan virus seperti selesema, asma dan resdung serta meningkatkan sistem ketahanan badan.
No comments:
Post a Comment