Wednesday, November 25, 2009

Pelan Pendidikan Anak Anda


Sudahkah anda mempunyai pelan pendidikan untuk anak anda? Mungkin ramai di kalangan ibu bapa tidak tahu bagaimana pelan takaful pendidikan dapat membantu anak dan keluarga kita. Disini saya terangkan serba sedikit bagaimana ia dapat membantu.

Terlebih dahulu ada persoalan yang harus anda jawab. Adakah anda sebagai ibu bapa ada membuat simpanan untuk anak anda? Apakah tujuannya? Jika anda ada membuat simpanan untuk anak anda, saya ucapkan tahniah. Tetapi adakah betul cara anda membuat simpanan? Adakah ia benar-benar dapat membantu anda?

Saya akan bantu anda bagaimana cara membuat simpanan yang betul untuk anak anda. Sebaiknya anda mula menyimpan di Pelan Takaful Pendidikan seawal umur anak anda 0 tahun. Kenapa anda perlu menyimpan dengan Takaful, akan saya jawab kemudian.

Contoh, jika anda membuat simpanan pendidikan untuk anak anda di ASB bermula dari umur anak anda 0 tahun iaitu sebanyak RM1200 setahun. Pada tahun ke-5 jumlah simpanan untuk anak anda ada sebanyak RM7600 (dikira berdasarkan dividen 8% setahun). Bagaimana jika pada tahun ke-5 ini juga anda sebagai penyimpan hilang upaya kekal atau meninggal dunia, adakah dengan simpanan sebanyak RM7600 ini cukup untuk kos pelajaran anak anda??? Jawapannya tentu tidak bukan....

Dengan anda menyimpan di Takaful, simpanan untuk anak anda adalah terjamin, jika anda sebagai pembayar hilang upaya atau meninggal dunia. Pelan simpanan pendidikan anak anda tetap berjalan seperti biasa beserta perlindungan yang disertakan, kerana ianya telah diinsuranskan, anak anda akan menerima sejumlah wang yang dijanjikan setelah polisi matang. Dengan ini anak anda tiada masalah untuk meneruskan pelajaran, mahupun ke peringkat IPT.

Sunday, November 15, 2009

5o Tahun Ke Atas lebih Berisiko

Selesema babi mungkin mengakibatkan si kecil dimasukkan ke wad tetapi tidak mendatnagkan berita baik kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Ini kerana golongan pada usia itu adalah lebih berisiko untuk mati akibat jangkitan selesema babi. Kadar kemasukan ke dalam wad adalah rendah. Tetapi, mereka yang berusia 5o tahun ke atas dan dimasukkan ke wad akibat pendemik influenza (A) H1N1 lebih cenderung untuk mati. Kajian tersebut juga menunjukkan kira-kira 11 peratus daripada 1,088 kes selesema babi yang dilaporkan telah meninggal dunia. Kadar kematian untuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas akibat selesema babiadalah sekitar 19 peratus berbanding tujuh peratus untuk mereka yang berusia 18 tahun ke bawah. Hasil kajian itu menyokong cadangan agar penjaga pesakit muda diberi keutamaan untuk menerima vaksin selesema tersebut. Setakat ini, lebih 5,700 orang telah mati akibat jangkitan H1N1 di sarata dunia sejak ia dikesan.

Bahana Minuman Bersoda

Jika anda semua menganggap dengan pengambilan minuman bebas gula adalah selamat dan lebih rela mencuba minuman diet bersoa, mungkin anda silap. Satu kajian kesihatan mendapati pengambilan minuman manis bersoda boleh menjejaskan fungsi ginjaldalam jangka masa yang panjang. Lebih 3000 wanita telah dikaji selama 11 tahun oleh para penyelidik. Mereka yang mengambil melebihi 2 hidangan minuman manis bersoda sehari lebih cenderung berisiko mendapat masalah ginjal. Minuman bebas gula sering dianggap lebih sihat berbanding minuman manis. Namun, kajian sebelum ini menunjukkan pemanis tiruan mampu merangsang peningkatan paras insulin yang tinggi sehingga mengakibatkan pengumpulan lemak tubuh.

Diabetes Bak Pembunuh

Menurut laporan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) pada 2007, hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis. Bagi statistik untuk tahun 2008, jumlah itu meningkat sebanyak 650,000 orang dan dijangka akan terus bertambah bagi tahun 2009.
Diabetes atau kencing manis merupakan sejenis penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian dan ramai pesakit diabetes hanya menyedari mereka menghidap penyakit ini itu apabila timbul komplikasi. Sebenarnya adalah sejenis penyakit yang boleh dielakkan, melainkan ia berpunca daripada genetik. Namun, gaya hidup di zaman moden ini menyebabkan penyakit itu semakin senang dihidapi. Ia boleh terjadi akibat pengambilan makanan yang mengandungi gula tanpa kawalan, diet tidak seimbang serta amalan gaya hidup tidak sihat seperti kurang senaman dan aktiviti fizikal. Diabetes ibarat pembunuh yang bersembunyi dan akan muncul apabila keadaan sudah menjadi tidak terkawal. Bagaimanapun, diabetes sebenarnya bukan hanya berpunca dari faktor nutrisi, bahkan genetik.