Thursday, December 24, 2009

“Kenapa Perlu Sekarang? Esok Tak Boleh Ke, Lusa Ke Atau Bulan Depan?”


Kenapa kita perlu ambil insuran sekarang? Pada orang islam : kita berbalik pada rukun Islam yang keenam iaitu Percaya kepada Qada’ dan Qadar. Petikan ini saya ambil dari wikipedia :

“Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.

Allah Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.”.

Oleh itu jelaslah semua yang berlaku adalah dari ketentuan Allah itu sendiri, kita hanya merancang, hanya tuhan yang menentukan. Di dalam dunia ini tiada seorang pun tahu apa yang akan berlaku esok. Kalau kita tahu apa akan berlaku esok kan senang. Esok nak kemalangan hari ni boleh ambil insuran. Tapi malangnya itu takkan berlaku. Kita takkan tahu bila kita akan sakit dan bila kita akan terlibat dalam kemalangan.

Jadi kita haruslah mempersiapkan diri kita hari ini juga sebelum musibah berlaku ke atas diri kita. Saya percaya tiada seorang pun dalam dunia ini mahu kan ianya (musibah) belaku ke atas diri kita. Tapi ini semua ketentuan Tuhan.

Saya ada satu soalan yang perlu anda jawab, bilakah masa yang sesuai untuk kita menanam pokok?

Masa yang sesuai untuk kita menanam pokok sebenarnya adalah hari ini.

Kenapa hari ini? Sebab, esok belum tentu anda ada untuk menanam pokok. Anda harus bermula hari ini untuk mendapatkan hasil yang cepat. Jika anda lewatkan sehari, maka hasilnya juga akan lewat sehari. Kalau sebulan? Hasilnya juga akan lewat sebulan.

Jadi anda janganlah melewat-lewatkan keputusan untuk mengambil insuran hari ini. Kerana ini bukannya akan memberi manfaat kepada diri anda sahaja, malah keluarga anda juga.

Tuesday, December 22, 2009

Patina 77 - Pelan Kemalangan Takaful



Hidup ini penuh dengan kejutan. Hari ini anda mungkin berasa sihat dan berupaya, tetapi anda tidak munggkin akan mengetahui saat kemalangan akan merampas ia daripada anda. Jangan mempertaruhkan kehidupan anda dan bersedialah. Tiada apa yang lebih menenangkan daripada mengetahui anda telah bersedia dalam mengharungi keperitan hidup.

Apa itu Patina 77?
Patina 77 adalah Pelan Takaful Kemalangan Individu (Personal Accident) direka khas daripada MAA Takaful Berhad untuk keperluan perlindungan anda. Berlandaskan hukum syariah, ia menawarkan perlindungan 24 jam terhadap kemalangan walau dimanapun anda berada. Dengan pelbagai dan pelan-sub untuk dipilih, anda boleh berasa yakin yang ianya merupakan pelan Takaful untuk semua.

Perlindungan Tambahan
Perlindungan turut diberikan kepada kemalangan berikut :


  • Ketika dalam sebarang bentuk perjalanan

  • Ketika terlibat dalam sukan atau hobi (kecuali seni mempertahankan diri dan tinju)

  • Kemalangan bencana alam termasuk La Nina, El Nino, banjir dan gempa bumi.

  • Berpunca daripada gigitan ular dan gigitan binatang merbahaya

  • Berpunca daripada mogok dan rusuhan dan kekacauan awam

  • Pembunuhan dan penyerangan (tanpa ancaman)

  • Lemas

  • Lemas akibat wap asap atau gas beracun

  • Keracunan makanan dan minuman

  • Pengaruh dadah (hanya dadah yang diberi oleh doktor berdaftar)

Perlindungan bermula dari RM 50,000 hingga RM 1 juta dan premium bermula dari RM 74 setahun = RM 6.16 sebulan hingga RM 1876 setahun = RM156.30 sebulan.

Saturday, December 12, 2009

Petua menghadapi diabetes


Kebanyakan mereka yang didiagnosis mengalami diabetes atau pra diabetes, sentiasa dimaklumkan mengenai komplikasi jangka panjang akibat diabetes yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok, buta, sakit buah pinggang dan pemotongan anggota badan.

Malangnya, hanya sebilangan sahaja yang diberitahu kesemua komplikasi tersebut umumnya boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup yang disyorkan seperti diet, makanan tambahan, kerap bersenam dan mengambil perhatian kepada ujian perubatan seperti HbA1c, pemeriksaan mata yang kerap dan sebagainya. Kebanyakan penghidap diabetes boleh mencegah atau melambatkan kebangkitan komplikasi itu.

Menurut Laporan oleh USA Today keluaran April 2009, walaupun ujian HbA1c mudah diperolehi, terdapat kurang daripada 42 peratus penghidap diabetes telah melakukannya atau memahami makna kesimpulan yang dicapai.

Di bawah ini merupakan beberapa cara yang mudah namun penting untuk mencegah terjadinya komplikasi yang berkaitan dengan takat gula darah tinggi:

Perubahan gaya hidup yang merangkumi:

1. Diet

Walaupun anda mengalami pra-diabetes atau diabetes, ini tidak bermakna anda tidak boleh menikmati pelbagai makanan. Matlamatnya ialah mempelajari pengambilan makanan seimbang dalam jumlah yang betul. Di sini terdapat beberapa petua mengenai pemilihan makanan berkhasiat bagi anda sekeluarga:

"Makan banyak sayuran dan buahan. Cuba pilih dari warna yang berlainan agar kepelbagaian dimaksimumkan.

"Makan sayuran yang tidak berkanji seperti bayam, lobak merah, brokoli atau kekacang hijau.

"Pilih makanan bijirin penuh dan bukan makanan bijirin yang diproses. Makan nasi beras perang, bukan nasi putih serta pilih roti perang dan bukan roti putih.

"Keluarkan kulit daripada sebarang jenis daging seperti ayam, daging lembu dan sebagainya..

"Minum air dan minuman "diet" tanpa kalori dan bukan minuman soda biasa, teh yang manis dan lain-lain minuman yang dimaniskan dengan gula.

"Kurangkan makanan ringan berkalori tinggi dan pembasuh mulut seperti keropok, biskut, kek, dan ais krim lemak penuh.

2. Kerap bersenam

Senaman adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat bagi semua orang terutamanya penting bagi mereka yang mengalami pra diabetes dan diabetes. Tetapi, senaman bukan bermaksud berlari marathon atau menekan tubi 300 kali. Matlamatnya adalah untuk menjadi aktif dan kekal aktif dengan melakukan perkara yang anda gemari seperti berkebun atau bersiar-siar.

3. Pemeriksaan perubatan tetap terutamanya:

a) Ujian Darah HbA1c

HbA1c (hemoglobin A1c, haemoglobin A1c terglikosilat, glikohemoglobin A1c atau ujian A1c) merupakan ujian makmal yang mengemukakan purata glukosa darah untuk jangkamasa merangkumi dua hingga tiga bulan.

Secara khusus, ia mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada hemoglobin, suatu bahan dalam sel darah merah. Orang yang tidak mengalami diabetes biasanya mempunyai takat HbA1c kurang daripada 6 peratus. Ini bermakna kurang daripada 6 peratus molekul hemoglobin terikat secara kekal kepada glukosa.

Berdasarkan kepada hasil kajian seperti Percubaan Pengawalan dan Komplikasi Diabetes (DCCT), yang menunjukkan kawalan ketat glukosa darah boleh mengurangkan risiko mata, buah pinggang dan penyakit saraf akibat diabetes, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya penghidap diabetes cuba mengawal takat HbA1c di bawah 7 peratus.

b) Pemeriksaan mata

Jika anda menghidap diabetes, dapatkan pemeriksaan mata menyeluruh sekurang- kurangnya sekali setahun dan jika anda mempunyai diabetes retinopati, anda mungkin memerlukan pemeriksaan mata lebih kerap. Orang yang mempunyai retinopati proliferatif boleh mengurangkan risiko mereka menjadi buta sebanyak 95 peratus dengan mendapatkan rawatan tepat pada masa dan rawatan susulan yang betul.

4. Suplemen nutrien

Suplemen multivitamin dan mineral berpotensi tinggi dirumus untuk menyokong keperluan nutrien khas bagi golongan yang mempunyai paras gula darah yang tinggi, termasuk diabetes. Pembekalan nutrien utama tambahan kepada mereka yang mengalami pra diabetes dan diabetes telah menunjukkan pengawalan gula yang lebih baik dan juga mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi utama diabetes.

Contoh khusus nutrien utama yang diperlukan oleh pesakit diabetes dalam jumlah yang lebih tinggi daripada kandungan dalam formula multivitamin dan mineral harian yang biasa adalah Asid Alfa Lipoik, Vanadium Sulfate dan Kromium. Pesakit diabetes memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik, sejenis antioksidan "sejagat" yang boleh berfungsi dalam sel berair dan berlemak.

Sekumpulan badan penyelidikan telah menemui sejenis vitamin B12 yang bersifat aktif secara neurologi dikenali sebagai mecobalamin (atau methylcobalamin) yang boleh membantu dalam menumbuhkan kembali saraf yang rosak, iaitu komplikasi paling umum yang berkaitan dengan takat glukosa darah tinggi.

Mecobalamin

Saintis Jepun telah mengetahui bahawa Mecobalamin memberi perlindungan terhadap penyakit neurologi (saraf) dan penuaan melalui mekanisma yang berbeza daripada terapi masa kini. Beberapa gangguan yang mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semulajadi ini termasuk neuropati periferal.

Perkataan neuropati berasal daripada dua bahagian: "neuro" merujuk kepada saraf dan "pati" menunjukkan penyakit. Nueropati periferal adalah sejenis keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat terutamanya pada lengan dan kaki.

Saraf merupakan laluan komunikasi badan. Isyarat elektrik dari otak bergerak melalui saraf d

Friday, December 11, 2009

CancerCare

“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.
Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.
Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.
Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.

Jaminan kewangan membantu menentang kanser
Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. CancerCare boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan. Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan.
Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.

Mengenai CancerCare
CancerCare ialah pelan perubatan yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus jika orang dilindungi menghidap Kanser dan Kanser atau Karsinoma In Situ (CIS) Khusus Jantina. Selain itu, kami juga memudahkan tuntutan dibuat bagi belanja pengebumian.

Belanja Pengebumian
Wang RM10,000 akan dibayar bagi kematian atas apa jua sebab.
Mengapa anda patut memilih CancerCare
• Pelan kanser komprehensif yang melindungi segala bentuk kanser
• Dirangka secara unik, untuk membayar manfaat di peringkat awal dan lanjutan kanser
• Perlindungan sehingga RM500,000 bagi kanser, dengan caruman serendah RM67 setahun
• Pelepasan cukai sehingga RM3,000. Pelepasan cukai tertakluk kepada kelayakan Peserta dan kelulusan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri
• Perkongsian Lebihan 50% kepada peserta jika tiada tuntutan dibuat.

Aromaterapi sebagai alternatif perubatan moden.

Tidak ramai yang tahu dan sedar bahawa aromaterapi itu juga dijadikan salah satu alternatif perubatan moden bagi doktor-doktor malah bomoh serta orang-perseorangan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Bauan aromaterapi itu secara halus pasti memberikan ketenangan kepada si pemakai sekaligus mengimbangi hormonnya dan meredakan kesakitan yang dialaminya. Sebab itu kebanyakkan doktor menggunakan aromaterapi sekiranya tidak dapat menyembuhkan sesuatu penyakit malah ada yang menggunakan aromaterapi beserta dengan ubat-ubatan dengan presipkri yang betul untuk mempercepatkan penyembuhan penyakit itu.
Tekanan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan. Ia terbahagi kepada pelbagai bentuk. Antaranya termasuklah masalah kerjaya, pasangan hidup, kewangan, mental, emosi dan sebagainya.Justeru, bagi membantu melegakan sesuatu tekanan atau stres dalam kehidupan kita seharian, aromaterapi boleh menjadi salah satu alternatif untuk meredakan masalah yang dihadapi.
Pakar aromaterapi, Krissy Gee yang telah lama terlibat dalam bidang ini menjelaskan, aromaterapi merupakan pilihan rawatan penjagaan kesihatan yang mampu memberi ketenangan pada seseorang individu.
Secara saintifiknya rawatan aromaterapi boleh meningkatkan kualiti kesihatan manusia kerana ia menggunakan pati organik semula jadi yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. Penggunaan minyak pati secara sistematik dalam rawatan holistik dipercayai dapat memperbaiki tahap kesihatan fizikal dan emosi seseorang. Selain itu, minyak pati juga mampu memberi kesan terapeutik untuk kesihatan dan perlindungan daripada penyakit,
Aromaterapi adalah rawatan melalui bau yang menggunakan beberapa titisan minyak pati tumbuhan. Ia boleh dilakukan sama ada dengan cara urutan di badan, dimasukkan ke dalam wap air panas untuk dihidu wapnya atau dititis dalam tab atau air mandian untuk mendapatkan keharumannya. Rawatan aromaterapi menggunakan minyak pati tumbuhan tertentu boleh menjadikan seseorang individu awet muda dan melambatkan proses penuaan di samping memberi kesan positif pada emosi dan psikologi mereka. Sebagai contoh minyak pati lavender baik untuk merawat kulit kering atau tidak bermaya selain mampu memberi ketenangan minda. Bagi individu berkulit sensitif yang bertindak balas dengan suhu sejuk, haba atau produk kecantikan pula, mereka boleh menggunakan minyak pati chamomile, sandalwood, neroli dan rose. Sementara itu, khasiat pati tumbuhan lada hitam dan serai wangi boleh melancarkan peredaran darah manakala minyak pati bunga mawar membantu mengimbangi hormon badan khususnya wanita.
Tidak ketinggalan, minyak pati juga boleh menjauhkan jangkitan virus seperti selesema, asma dan resdung serta meningkatkan sistem ketahanan badan.

Penyakit Barah (Cancer)

Punca Ia Terjadi, Cara Mengesan, Rawatan dan Pencegahan
Barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.

Pertumbuhan sel yang normal
Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain. Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu.

Sel-sel barah
Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.
Jenis-jenis barah
Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:
· Karsinoma – dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
· Sarkoma – dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
· Lymphoma – dari kelenjar lymph.
· Lukemia – dari sel darah putih.

Ketumbuhan
Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang “benign”. Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan “benign” tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan “malignant” merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya.
Ketumbuhan “benign” kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan “benign” perlu dikeluarkan melalui pembedahan.

Asal-usul barah
Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal. Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

Cara barah membiak
Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.
Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya.

Mengapa barah terjadi?
Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah.
Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa. Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah.

Siapa dihidapi barah?
Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah lukemia. Lukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut dan pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.
Mengesan barah
Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-

Senior Gold - Melindungi Anda Pada Usia Emas


Anda telah berkerja keras sepanjang hidup bagi menyediakan kehidupan yang selesa buat yang tersayang. Kini tiba masanya untuk anda berehat dan menikmati hasil titik peluh anda sendiri. Biar MAA Senior Gold menjadikan masa persaraan anda lebih selesa dan tenang. Dengan hanya RM 50 sebulan, anda boleh menikmati faedah-faedah hebat dari produk yang prihatin terhadap keperluan anda; faedah-faedah hebat pada harga tiada tandingan yang boleh anda nikmati pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja di dunia! Untuk kehidupan tanpa kebimbangan, dapatkan Senior Gold. Sememangnya, anda berhak untuk menikmati hidup yang terbaik!!

Perlindungan Insurans yang paling diperlukan oleh Warga Emas...
  • Tiada Kebimbangan. PENERIMAAN DIJAMIN
  • Tiada masalah. TIADA PEMERIKSAAN KESIHATAN
  • premium berpatutan semurah RM50 sebulan
  • Premium tidak meningkat mengikut usia
  • Perlindungan terbaik - Faedah kematian semulajadi & akibat kemalangan
  • Perlindungan boleh diperbaharui sehingga usia 100 tahun
  • Bayaran tunai terjamin
  • Perlindungan 24 jam, seluruh dunia
  • Faedah penghantaran pulang sehingga RM3000
  • Had umur pendaftaran yang tinggi


Inilah satu-satunya pelan perlindungan yang kita boleh sediakan untuk kedua orang tua kita. Faedah kematian semulajadi atau kemalangan itu tadi boleh kita gunakan untuk membuat kenduri tahlil selama seminggu, upah haji (jika belum sempat menunaikan haji), melangsaikan hutang piutang (jika ada), membayar fidyah jika masa sakitnya tidak dapat sembahyang atau puasa dan sebagainya.

Prolife 36 Super Basic - Kini Anda Boleh Meredakan Masalah Kewangan Akibat Penyakit Merbahaya



Kehidupan ini begitu indah. Sememangnya orang ingin mengekalkan keindahan kehidupan ini selama-lamanya.

Tiada siapa suka memikir tentang kemungkinan ditimpa kesusahan sewaktu mengecapi kegembiraan. Kita selalau mengandaikan kita akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga seperti hari ini. Namun, satu kenyataannya yang menyedihkan – penyakit kritikal boleh menyerang sesiapa sahaja pada bila-bila masa – tanpa mengira peringkat usia.

Hari ini, kemungkinan untuk sembuh daripada penyakit kritikal / merbahaya amatlah besar dengan bantuan kecanggihan sains perubatan. Persoalannya, adakah kedudukan kewangan anda dapat menampung? Fikirkan mengenai trauma dan tekanan yang anda serta orang tersayang perlu lalui. Fikirkan mengenai kegetiran melawan kanser dan pada masa yang sama, anda perlu bekerja, bekerja, bekerja – hanya untuk menampung lebihan perbelanjaan seperti bil perubatan. Ini lebih melemahkan daripada penyakit yang dialami.



Prolife 36 Super Basic adalah cara terbaru untuk melindungi diri anda daripada kos yang tinggi dalam membina semula cara hidup akibat penyakit kritikal / merbahaya yang dialami. Fikirkan perbezaan wang yang anda perolehi dalam membantu menyembuhkan penyakit, menyesuaikan diri kepada cara hidup yang baru, membantu menanggung kewangan keluarga atau mungkin untuk membantu menyelamatkan perniagaan anda. Bagaimana anda membelanjakan wang ini terpulang kepada anda. Namun yang pasti adalah : setiap orang – samada bujang, berkahwin, ibu bapa atau pemilik perniagaan – memang memerlukan perlindungan ini. Mujur ia boleh dimiliki oleh setiap orang dari umur 1 bulan ke 55 tahun. Anda boleh memilikinya selagi anda masih layak. Bertindaklah sekarang!

Tuesday, December 1, 2009

SmartMedic 100 - Kami Membantu Anda Merancang Sesuatu Yang Tidak Dirancang.

Kemajuan dalam teknologi perubatan perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Ditambah lagi dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak, anda dan orang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital. Kebenarannya, pembedahan yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan boleh menghabiskan keseluruhan simpanan anda.

Dengan SmartMedic 100, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. SmartMedic 100 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya.

SmartMedic 100 bekerjasama dengan salah sebuah ‘Managed Care Organisation’ iaitu Metronic iCares Services. Metronic iCares Services menyediakan anda dengan bantuan percuma 24 jam bagi memudahkan anda kemasukan ke hospital dan penyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar hospital.

SmartMedic 100 juga menyediakan perlindungan yang tidak ternilai sehingga umur 80 tahun. Diri anda dijamin dengan perlindungan ke atas Sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila anda memperbaharui pelan ini tertakluk kepada had seumur hidup. Disamping itu SmartMedic 100 menawarkan faedah Khairat Kematian sebanyak RM 5,000, yang mana akan dibayar jika berlakunya kematian semua sebab. Tambahan lagi, SmartMedic 100 dijamin pembaharuan sehingga umur 80 tahun.

Untuk risalah percuma sila klik disini