Monday, January 4, 2010

Kasut Tumit Tinggi Jejas Kesihatan.


Wanita dan dunia fesyen tidak dapat dipisahkan . Ada segelintir wanita gemar bergaya sehingga sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata untuk mendapatkan rekaan terkini kasut, beg tangan atau pakaian.

Namun antara sedar atau tidak fesyen mampu menjejaskan kesihatan kita patah lagi ia boleh menyebabkan beberapa penyakit sampingna yang boleh mengganggu kehidupan seharian.

Kasut tumit tinggi contohnya, adalah aksesori mesti ada bagi kaum wanita. Terdapat pelbagai rekaan, warna dan jenama dengan harga berbeza dijual di pelbagai pusat beli belah. Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yagn mengenakan sepaut tumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Bagi mengelakkan mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2 cm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam secara berterusan.
Menurut satu kajian yan gdijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.

Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut betumit setinggi 12.7 cm memberi kesan kepada organ dalamam dan kesuburan wanita.

Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku keranan kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanit menyangka ia adalah ‘perut buncit’.

Keadaan ini memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut. Visceroptosis ialah keadaan yan biasanya menyerang wanita memakai keroset atau barut tetapi kini ia menemui ‘mangsa’ baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran. Menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan. Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak di dalam tas tangan akan memberikan tekanan pada tulang bahu sekali gus menyakitkan otot pada satu sisi badan.

Lebih serius tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. Untuk mengatasinya , anda boleh cuba menggunakan beg seimbang pada kedua-dua belah bahu. Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu.

Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.

Kurangkan Pengambilan Lemak


Apa Itu Lemak
Lemak membekalkan tenaga dan asid lemak perlu serta membantu dalam penyerapan vitamin A, D, E, dan K. Makanan seperti majerin, mentega, santan dan krim adalah kaya dengan lemak.

Lemak juga boleh didapati daripada susu, hasil tenusu, serta daging berlemak.
Kandungan lemak juga tinggi dalam :
  • Makanan diproses (cth: sosej, burger)
  • Makanan ringan (cth: kerepek, keropok)
  • Makanan segera (cth: ayam goreng, kentang goreng)
  • Salad dressing dan mayonis

Kesan Lemak Terhadap Kesihatan
Lemak dibahagikan kepada 4 jenis:
  1. Lemak tepu (cth sumber : lemak daging, minyak zaitun, minyak kelapa sawit)
  2. Lemak mono tak tepu (cth sumber : kacang soya, minyak jagung, minyak bijian)
  3. Asid lemak trans (cth sumber : minyak sayuran terhidrogen sepeti minyak majerin dan lelemak atau “shortening”).

Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan berlebihan berat badan dan obesity. Selain itu, pengambilan lemak tepu boleh meningkatkan kolesterol darah dan seterusnya risiko penyakt jantung. Lemak trans dalam majerin biasa dan makanan yang diproses boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Panduan Mengurangkan Pengambilan Lemak.
  1. Pilih bahagian daging tanpa lemak dan buangkan semua kulit serta lemak yang kelihatan sebelum masak.
  2. Masak dengan menggunakan kuali tanpa lekat.
  3. Gunakan minyak yang sedikit semasa menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng makanan untuk mengurangkan penyerapan minyak.
  4. Kurangkan menggoreng makanan yang disalut tepung.
  5. Pelbagaikan car memasak seperti mengukus,merebus, membakar dan memanggang.
  6. Serapkan minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak
  7. Ubahsuai resipi untuk mengurangkan penggunaan santan. Gunakan susu tanpa lemak dan rempah asli sebagai ganti.
  8. Gantikan makanan ringan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Thursday, December 24, 2009

“Kenapa Perlu Sekarang? Esok Tak Boleh Ke, Lusa Ke Atau Bulan Depan?”


Kenapa kita perlu ambil insuran sekarang? Pada orang islam : kita berbalik pada rukun Islam yang keenam iaitu Percaya kepada Qada’ dan Qadar. Petikan ini saya ambil dari wikipedia :

“Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.

Allah Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.”.

Oleh itu jelaslah semua yang berlaku adalah dari ketentuan Allah itu sendiri, kita hanya merancang, hanya tuhan yang menentukan. Di dalam dunia ini tiada seorang pun tahu apa yang akan berlaku esok. Kalau kita tahu apa akan berlaku esok kan senang. Esok nak kemalangan hari ni boleh ambil insuran. Tapi malangnya itu takkan berlaku. Kita takkan tahu bila kita akan sakit dan bila kita akan terlibat dalam kemalangan.

Jadi kita haruslah mempersiapkan diri kita hari ini juga sebelum musibah berlaku ke atas diri kita. Saya percaya tiada seorang pun dalam dunia ini mahu kan ianya (musibah) belaku ke atas diri kita. Tapi ini semua ketentuan Tuhan.

Saya ada satu soalan yang perlu anda jawab, bilakah masa yang sesuai untuk kita menanam pokok?

Masa yang sesuai untuk kita menanam pokok sebenarnya adalah hari ini.

Kenapa hari ini? Sebab, esok belum tentu anda ada untuk menanam pokok. Anda harus bermula hari ini untuk mendapatkan hasil yang cepat. Jika anda lewatkan sehari, maka hasilnya juga akan lewat sehari. Kalau sebulan? Hasilnya juga akan lewat sebulan.

Jadi anda janganlah melewat-lewatkan keputusan untuk mengambil insuran hari ini. Kerana ini bukannya akan memberi manfaat kepada diri anda sahaja, malah keluarga anda juga.

Tuesday, December 22, 2009

Patina 77 - Pelan Kemalangan Takaful



Hidup ini penuh dengan kejutan. Hari ini anda mungkin berasa sihat dan berupaya, tetapi anda tidak munggkin akan mengetahui saat kemalangan akan merampas ia daripada anda. Jangan mempertaruhkan kehidupan anda dan bersedialah. Tiada apa yang lebih menenangkan daripada mengetahui anda telah bersedia dalam mengharungi keperitan hidup.

Apa itu Patina 77?
Patina 77 adalah Pelan Takaful Kemalangan Individu (Personal Accident) direka khas daripada MAA Takaful Berhad untuk keperluan perlindungan anda. Berlandaskan hukum syariah, ia menawarkan perlindungan 24 jam terhadap kemalangan walau dimanapun anda berada. Dengan pelbagai dan pelan-sub untuk dipilih, anda boleh berasa yakin yang ianya merupakan pelan Takaful untuk semua.

Perlindungan Tambahan
Perlindungan turut diberikan kepada kemalangan berikut :


  • Ketika dalam sebarang bentuk perjalanan

  • Ketika terlibat dalam sukan atau hobi (kecuali seni mempertahankan diri dan tinju)

  • Kemalangan bencana alam termasuk La Nina, El Nino, banjir dan gempa bumi.

  • Berpunca daripada gigitan ular dan gigitan binatang merbahaya

  • Berpunca daripada mogok dan rusuhan dan kekacauan awam

  • Pembunuhan dan penyerangan (tanpa ancaman)

  • Lemas

  • Lemas akibat wap asap atau gas beracun

  • Keracunan makanan dan minuman

  • Pengaruh dadah (hanya dadah yang diberi oleh doktor berdaftar)

Perlindungan bermula dari RM 50,000 hingga RM 1 juta dan premium bermula dari RM 74 setahun = RM 6.16 sebulan hingga RM 1876 setahun = RM156.30 sebulan.

Saturday, December 12, 2009

Petua menghadapi diabetes


Kebanyakan mereka yang didiagnosis mengalami diabetes atau pra diabetes, sentiasa dimaklumkan mengenai komplikasi jangka panjang akibat diabetes yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok, buta, sakit buah pinggang dan pemotongan anggota badan.

Malangnya, hanya sebilangan sahaja yang diberitahu kesemua komplikasi tersebut umumnya boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup yang disyorkan seperti diet, makanan tambahan, kerap bersenam dan mengambil perhatian kepada ujian perubatan seperti HbA1c, pemeriksaan mata yang kerap dan sebagainya. Kebanyakan penghidap diabetes boleh mencegah atau melambatkan kebangkitan komplikasi itu.

Menurut Laporan oleh USA Today keluaran April 2009, walaupun ujian HbA1c mudah diperolehi, terdapat kurang daripada 42 peratus penghidap diabetes telah melakukannya atau memahami makna kesimpulan yang dicapai.

Di bawah ini merupakan beberapa cara yang mudah namun penting untuk mencegah terjadinya komplikasi yang berkaitan dengan takat gula darah tinggi:

Perubahan gaya hidup yang merangkumi:

1. Diet

Walaupun anda mengalami pra-diabetes atau diabetes, ini tidak bermakna anda tidak boleh menikmati pelbagai makanan. Matlamatnya ialah mempelajari pengambilan makanan seimbang dalam jumlah yang betul. Di sini terdapat beberapa petua mengenai pemilihan makanan berkhasiat bagi anda sekeluarga:

"Makan banyak sayuran dan buahan. Cuba pilih dari warna yang berlainan agar kepelbagaian dimaksimumkan.

"Makan sayuran yang tidak berkanji seperti bayam, lobak merah, brokoli atau kekacang hijau.

"Pilih makanan bijirin penuh dan bukan makanan bijirin yang diproses. Makan nasi beras perang, bukan nasi putih serta pilih roti perang dan bukan roti putih.

"Keluarkan kulit daripada sebarang jenis daging seperti ayam, daging lembu dan sebagainya..

"Minum air dan minuman "diet" tanpa kalori dan bukan minuman soda biasa, teh yang manis dan lain-lain minuman yang dimaniskan dengan gula.

"Kurangkan makanan ringan berkalori tinggi dan pembasuh mulut seperti keropok, biskut, kek, dan ais krim lemak penuh.

2. Kerap bersenam

Senaman adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat bagi semua orang terutamanya penting bagi mereka yang mengalami pra diabetes dan diabetes. Tetapi, senaman bukan bermaksud berlari marathon atau menekan tubi 300 kali. Matlamatnya adalah untuk menjadi aktif dan kekal aktif dengan melakukan perkara yang anda gemari seperti berkebun atau bersiar-siar.

3. Pemeriksaan perubatan tetap terutamanya:

a) Ujian Darah HbA1c

HbA1c (hemoglobin A1c, haemoglobin A1c terglikosilat, glikohemoglobin A1c atau ujian A1c) merupakan ujian makmal yang mengemukakan purata glukosa darah untuk jangkamasa merangkumi dua hingga tiga bulan.

Secara khusus, ia mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada hemoglobin, suatu bahan dalam sel darah merah. Orang yang tidak mengalami diabetes biasanya mempunyai takat HbA1c kurang daripada 6 peratus. Ini bermakna kurang daripada 6 peratus molekul hemoglobin terikat secara kekal kepada glukosa.

Berdasarkan kepada hasil kajian seperti Percubaan Pengawalan dan Komplikasi Diabetes (DCCT), yang menunjukkan kawalan ketat glukosa darah boleh mengurangkan risiko mata, buah pinggang dan penyakit saraf akibat diabetes, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya penghidap diabetes cuba mengawal takat HbA1c di bawah 7 peratus.

b) Pemeriksaan mata

Jika anda menghidap diabetes, dapatkan pemeriksaan mata menyeluruh sekurang- kurangnya sekali setahun dan jika anda mempunyai diabetes retinopati, anda mungkin memerlukan pemeriksaan mata lebih kerap. Orang yang mempunyai retinopati proliferatif boleh mengurangkan risiko mereka menjadi buta sebanyak 95 peratus dengan mendapatkan rawatan tepat pada masa dan rawatan susulan yang betul.

4. Suplemen nutrien

Suplemen multivitamin dan mineral berpotensi tinggi dirumus untuk menyokong keperluan nutrien khas bagi golongan yang mempunyai paras gula darah yang tinggi, termasuk diabetes. Pembekalan nutrien utama tambahan kepada mereka yang mengalami pra diabetes dan diabetes telah menunjukkan pengawalan gula yang lebih baik dan juga mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi utama diabetes.

Contoh khusus nutrien utama yang diperlukan oleh pesakit diabetes dalam jumlah yang lebih tinggi daripada kandungan dalam formula multivitamin dan mineral harian yang biasa adalah Asid Alfa Lipoik, Vanadium Sulfate dan Kromium. Pesakit diabetes memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik, sejenis antioksidan "sejagat" yang boleh berfungsi dalam sel berair dan berlemak.

Sekumpulan badan penyelidikan telah menemui sejenis vitamin B12 yang bersifat aktif secara neurologi dikenali sebagai mecobalamin (atau methylcobalamin) yang boleh membantu dalam menumbuhkan kembali saraf yang rosak, iaitu komplikasi paling umum yang berkaitan dengan takat glukosa darah tinggi.

Mecobalamin

Saintis Jepun telah mengetahui bahawa Mecobalamin memberi perlindungan terhadap penyakit neurologi (saraf) dan penuaan melalui mekanisma yang berbeza daripada terapi masa kini. Beberapa gangguan yang mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semulajadi ini termasuk neuropati periferal.

Perkataan neuropati berasal daripada dua bahagian: "neuro" merujuk kepada saraf dan "pati" menunjukkan penyakit. Nueropati periferal adalah sejenis keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat terutamanya pada lengan dan kaki.

Saraf merupakan laluan komunikasi badan. Isyarat elektrik dari otak bergerak melalui saraf d

Friday, December 11, 2009

CancerCare

“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.
Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.
Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.
Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.

Jaminan kewangan membantu menentang kanser
Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. CancerCare boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan. Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan.
Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.

Mengenai CancerCare
CancerCare ialah pelan perubatan yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus jika orang dilindungi menghidap Kanser dan Kanser atau Karsinoma In Situ (CIS) Khusus Jantina. Selain itu, kami juga memudahkan tuntutan dibuat bagi belanja pengebumian.

Belanja Pengebumian
Wang RM10,000 akan dibayar bagi kematian atas apa jua sebab.
Mengapa anda patut memilih CancerCare
• Pelan kanser komprehensif yang melindungi segala bentuk kanser
• Dirangka secara unik, untuk membayar manfaat di peringkat awal dan lanjutan kanser
• Perlindungan sehingga RM500,000 bagi kanser, dengan caruman serendah RM67 setahun
• Pelepasan cukai sehingga RM3,000. Pelepasan cukai tertakluk kepada kelayakan Peserta dan kelulusan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri
• Perkongsian Lebihan 50% kepada peserta jika tiada tuntutan dibuat.

Aromaterapi sebagai alternatif perubatan moden.

Tidak ramai yang tahu dan sedar bahawa aromaterapi itu juga dijadikan salah satu alternatif perubatan moden bagi doktor-doktor malah bomoh serta orang-perseorangan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Bauan aromaterapi itu secara halus pasti memberikan ketenangan kepada si pemakai sekaligus mengimbangi hormonnya dan meredakan kesakitan yang dialaminya. Sebab itu kebanyakkan doktor menggunakan aromaterapi sekiranya tidak dapat menyembuhkan sesuatu penyakit malah ada yang menggunakan aromaterapi beserta dengan ubat-ubatan dengan presipkri yang betul untuk mempercepatkan penyembuhan penyakit itu.
Tekanan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan. Ia terbahagi kepada pelbagai bentuk. Antaranya termasuklah masalah kerjaya, pasangan hidup, kewangan, mental, emosi dan sebagainya.Justeru, bagi membantu melegakan sesuatu tekanan atau stres dalam kehidupan kita seharian, aromaterapi boleh menjadi salah satu alternatif untuk meredakan masalah yang dihadapi.
Pakar aromaterapi, Krissy Gee yang telah lama terlibat dalam bidang ini menjelaskan, aromaterapi merupakan pilihan rawatan penjagaan kesihatan yang mampu memberi ketenangan pada seseorang individu.
Secara saintifiknya rawatan aromaterapi boleh meningkatkan kualiti kesihatan manusia kerana ia menggunakan pati organik semula jadi yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. Penggunaan minyak pati secara sistematik dalam rawatan holistik dipercayai dapat memperbaiki tahap kesihatan fizikal dan emosi seseorang. Selain itu, minyak pati juga mampu memberi kesan terapeutik untuk kesihatan dan perlindungan daripada penyakit,
Aromaterapi adalah rawatan melalui bau yang menggunakan beberapa titisan minyak pati tumbuhan. Ia boleh dilakukan sama ada dengan cara urutan di badan, dimasukkan ke dalam wap air panas untuk dihidu wapnya atau dititis dalam tab atau air mandian untuk mendapatkan keharumannya. Rawatan aromaterapi menggunakan minyak pati tumbuhan tertentu boleh menjadikan seseorang individu awet muda dan melambatkan proses penuaan di samping memberi kesan positif pada emosi dan psikologi mereka. Sebagai contoh minyak pati lavender baik untuk merawat kulit kering atau tidak bermaya selain mampu memberi ketenangan minda. Bagi individu berkulit sensitif yang bertindak balas dengan suhu sejuk, haba atau produk kecantikan pula, mereka boleh menggunakan minyak pati chamomile, sandalwood, neroli dan rose. Sementara itu, khasiat pati tumbuhan lada hitam dan serai wangi boleh melancarkan peredaran darah manakala minyak pati bunga mawar membantu mengimbangi hormon badan khususnya wanita.
Tidak ketinggalan, minyak pati juga boleh menjauhkan jangkitan virus seperti selesema, asma dan resdung serta meningkatkan sistem ketahanan badan.